Saturday, September 12, 2009

persiapan Seorang Actor...??


KENAPA BELAJAR LAKON?

Walaupun kamu tidak memasuki kelas teater secara formal sekurang-kurangnya kamu dapat membina cara berkomunikasi yang baik, personaliti yang tinggi dan memahami sikap manusia yang ada di sekeliling kamu.

Kamu akan mempelajari bagaimana untuk releks dan fokus pada energy. Kamu akan mengenali tubuh badan kamu sendiri, suara dan personaliti. Bukan sahaja mengenali diri kamu sendiri tapi kamu dapat membuat perhubungan antara kamu dengan yang lain, bagaimana membuang mereka, bagaimana berinteraksi dengan mereka, apa yang mereka rasa dan lain-lain lagi. Kamu akan ‘bermain’ dengan lebih baik dengan kehidupan kamu bersama orang lain.

Belajar lakonan akan memusingkan kamu kepada penipuan. Membina kepercayaan bahawa kamu adalah orang. Contohnya ketika kecil kamu mempunyai keinginan untuk menjadi batman, peter pan, Cinderella dan watak yang kamu gemari. Kelas lakonan akan memberikan sentuhan zaman kanak-kanak itu semula.

TUGAS PELAKON

  • Melakonkan watak orang lain
  • Membaca dengan teliti skrip yang diserahkan
  • Hayati skrip tersebut dengan mengimaginasikannya. Cari segala yang tersurat dan tersirat
  • Kenali watak yang diserahkan sebaik-baiknya
  • Membiasakan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai
  • Menyiapkan diri sebagai seorang pelakon

- melatih kelenturan otot

- melatih pernafasan

- membaca (kejelasan sukukata)

- melatih suara atau vokal

MENGENALI DIRI KAMU SENDIRI

Apa yang berlaku sebenarnya apabila pelakon itu sedang berlakon? Apa yang dirasakan sebenarnya adalah perkara yang sememangnya dirasakan sepanjang hidup kita. Sebelum kita memerhatikan persembahan pelakon adalah perlu untuk kita perhatikan diri sendiri.

1. Kenali bagaimana perhubungan kita dengan orang lain.

2. Sesuatu yang anda mahukan (objektif)

3. Rintangan yang anda terpaksa hadapi (masalah)

4. Strategi anda (bagaimana nak menyelesaikan masalah itu)

5. Taktik yang anda gunakan dalam strategi anda

6. Perkara yang kamu sebutkan dengan orang lain (teks)

7. Perkara yang sebenar tetapi tidak kamu sebutkan (subteks)

Perkara di atas seperti bahan seorang pelakon tetapi dihadapi kita dalam kehidupan seharian kita. Perkara ini tidaklah terlalu ringkas atau terlalu susah untuk dimasukkan dalam pembelajaran lakonan ini. Apabila anda berlakon masukkan ketujuh-tujuh bahan ini dalam lakonan anda.

Kamu juga boleh mengadakan latihan bersama orang lain dengan menggunakan perkara-perkara di atas. Kamu perlu mengimaginasikan satu keadaan yang harus kamu lalui bersama rakan kamu.

kamu masuk ke bilik dan rakan kamu berada di dalam bilik mendengar radio dengan kuat.

  • Di sini kamu boleh memasukkan perkara pertama iaitu bagaimana hubungan kamu dengan rakan sebilik kamu.

Kamu sebenarnya ingin membuat kerja sekolah yang banyak.

  • Di sini ialah sesuatu yang kamu mahukan

Kamu cuba memberitahunya tetapi dia masih tidak mahu menutup radio itu

  • Di sini ialah rintangan atau masalah yang telah wujud

Kamu perlu menarik perhatiannya untuk menutup radio tersebut

  • Ini merupakan strategi yang kamu harus susun

Kamu menyuruhnya keluar membeli pizza dan kamu mahu membelanjanya

  • Taktik yang digunakan dalam strategi

Kamu mula bercakap dengan dia tentang itu

  • Di sini teks telah wujud

Kamu bercakap sesuatu yang sebenarnya ada makna sebaliknya yang tidak kamu nyatakan secara terus

  • Wujudnya subteks di sini.

Kamu boleh mengimaginasikan keadaan lain dengan menggunakan perkara yang sama. Latihan dengan pelbagai situasi sebenarnya akan menyeronokkan kamu jika kamu benar-benar ’bermain’ dengan latihan seperti ini.

PERASAAN YANG DIALAMI PELAKON

Sebagai pelakon baru biasanya hati sentiasa berdebar, takut serta tidak yakin dengan kebolehan diri, maka biasanya lakonan yang sekejap dirasakan lama. Tanpa disedari dialog yang telah dihafal dilafazkan dengan begitu laju. Perasaan gemuruh ini juga kadang-kadang dirasai juga oleh pelakon lama.

Ada empat faktor yang menyebabkan sesorang mengalami perasaan gemuruh iaitu semula jadi, ketakutan, kebimbangan, dan kurang kepercayaan diri.

SEMULA JADI

Mereka yang berperasaan darah gemuruh semula jadi adalah pengidap perasaan ini sejak kecil. Jika perasaan ini ada pada pelakon ia akan menipiskan peluang pelakon untuk melayakkan diri sebagai seniman.

KETAKUTAN

Rasa takut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami darah gemuruh. Takut untuk berdepan dengan orang ramai. Mereka akan menjadi terlalu berhati-hati dan ini boleh merosakkan lakonan mereka. Mereka sedar bahawa mereka diperhatikan orang ramai.

KEBIMBANGAN

Individu yang sentiasa bimbang sama ada boleh atau tidak melakukan sesuatu, boleh mengalami perasaan darah gemuruh. Jika boleh pun hanya bersama keluarga atau pun rakan-rakan terdekat sahaja. Sama seperti pelakon yang sentiasa membayangkan wajah penonton yang menonton lakonan mereka. Ini mendatangkan kesan kepada mutu lakonan mereka.

KURANG KEPERCAYAAN DIRI

Mereka sebenarnya berkebolehan, layak dan pasti dapat melakukan sesuatu sebaik-baiknya. Masalahnya mereka sendiri kurang percaya kepada kebolehan mereka sendiri. Apabila keyakinan diri tiada sesuatu yang akan dibuat adalah sambil lewa, tidak bersemangat dan tidak ada kesungguhan. Seni yang tidak keluar dari jiwa adalah kosong.

CARA-CARA MENGATASINYA

LATIHAN BERANI

Untuk menjadi seorang yang berani di hadapan umum, hendaklah seseorang itu membiasakan dirinya berani bercakap dihadapan sesiapa pun. Sebelum bercakap dia mesti melatih dirinya supaya memandang orang yang dilawannya.

Latih perasaan sentiasa tenang, sabar, tidak gopoh-gapah, pada percakapan dan juga gerak-geri. Latih diri menguasai fikiran supaya fikiran dapat menundukkan perasaan.

Satu contoh yang baik boleh kita ambil dari sejarah hidup presiden Amerika Syarikat yang pertama iaitu Abraham Lincoln. Beberapa bulan sebelum menjelma pilihanraya beliau belatih berucap untuk berkempen mempengaruhi orang ramai. Latihan juga dibuat dibelakang rumahnya, di mana tumbuh berbagai-bagai jenis pokok besar. Beliau menganggap pohon-pohon besar itu adalah ribuan rakyat Amerika.

Apabila sampai masanya untuk beliau berucap di hadapan orang ramai beliau menganggap mereka pula seperti pohon-pohon yang mengelilinginya sewaktu beliau berlatih di belakang rumahnya.

Hasilnya beliau bukan sahaja dapat mempengaruhi rakyat Amerika untuk memilihnya sebagai presiden Amerika Syarikat yang pertama malah beliau juga terkenal sebagai jaguh pidato dunia.

TEKNIK LAKONAN

Di dalam dunia lakonan ada beberapa teknik yang dapat membantu anda untuk memahami watak yang akan dibawakan anda. Saya percaya setiap pelakon mahu melakonkan sesuatu yang boleh diterima baik oleh penonton. Di sini terdapat beberapa teknik yang ringkas yang saya anggap sebagai formula dan anda mampu mengaplikasikannya dalam lakonan anda.

5W 1H

  • Who - siapa
  • Where - di mana
  • When - bila
  • What - apa
  • Why - kenapa
  • How - bagaimana

Who

Siapa dia watak yang anda perlu bawakan. Kenali watak itu dengan membuat biodata tentang watak itu berdasarkan pemahaman kamu megikut skrip.

Where

Di mana tempat watak itu. Kamu harus tahu sekiranya watak itu dating dari tempat lain dan ingin kemana. Kamu perlu sedar siapa lagi yang ada di tempat itu.

When

Masa yang ditetapkan. Sama ada pagi, petang dan lain-lain. Mesti cari masa yang paling spesifik termasuk tarikh pada ketika itu.

What

Apa yang telah berlaku pada ketika itu. Apa yang telah terjadi pada watak itu. Senaraikan jika berlakunya konflik pada ketika itu.

Why

Jika berlaku sebarang konflik atau tiada konflik kamu harus tahu kenapa terjadinya perkara itu.

How

Disini kamu harus tahu bagaimana pula terjadi kenapa di atas. Kamu harus mencari punca-punca konflik itu.

Formula ini tidaklah begitu susah untuk kamu aplikasikan pada watak kamu. Kamu boleh memulakannya dengan menyenaraikan perkara di atas mengikut pemahaman skrip. Senaraikan perkara yang wajib. Maksud saya karakter watak kamu yang telah diberikan dalam skrip. Penambahan karekter yang kamu rasa boleh membantu menguatkan watak kamu bolehlah kamu bincangkannya bersama pengarah kamu.

MAGIC ’IF’

Apabila berada di atas pentas apa yang berlaku dalam kehidupan pelakon sehari-hari tidaklah sama dengan kehidupan sebenarnya. Lakonan yang bagus tidak akan menyamai dengan kehidupan sebenar pelakon itu. Dalam perkataan lain pentas bukanlah rumah atau pejabat. Pentas tetap pentas dan pelakon harus membezakannya. Perkataan if (jika) ini diperolehi dari formula if i were...(watak yang diberikan). If di sini beerti memasuki watak yang telah diberikan. Kamu harus membayangkan jika kamu berada di situasi watak itu apa yang kamu harus lakukan. Bagaimana cara pengucapan kamu, bagaimana kamu harus melangkah, bagaimana kamu menangis dan lain-lain habit yang ada pada watak itu. Formula ini mengajar kamu untuk menjadi atau mencipta karekter yang lain. Jika kamu dapat menciptanya tanpa mengaitkan watak kamu dan dapat konsisten dengan karekter yang kamu cipta ini, lakonan kamu akan nampak lebih natural. Kamu boleh memulakan formula ini dengan menyenaraikan sebanyak mungkin karakter-karakter yang kamu cipta dan membuat latihan mengikut apa yang telah kamu senaraikan.

OBSERVATION

Observation beerti pemerhatian dalam bahasa melayu. Jika anda diberikan watak yang sama sekali jauh dari diri anda ia mestilah menjadi masalah kepada anda untuk mencipta karakter watak tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda tidak pernah melalui apa yang dilalui watak itu dan watak itu terlalu jauh dengan anda.

Anda boleh mencari karekter itu dengan pemerhatian anda. Contohnya anda diberikan watak sebagai wanita berusia 50-an dan bekerja sebagai suri rumah. Caranya anda boleh pilih sesiapa sahaja sama ada mak anda atau makcik anda yang berusia 50-an dan perhatikan keseluruhan yang dilakukan seperti cara berjalan, bercakap, memasak, membasuh dan anda cuba mengaplikasikannya di dalam latihan.

Di dalam latihan anda boleh pilih karakter siapa yang sesuai dengan watak anda ini. Anda tunjukkan pada pengarah dan pengarah akan memilihnya. Saya nasihatkan anda supaya mencari lima atau lebih karekter watak anda itu. Lebih banyak karekter yang anda cari lebih banyak pilihan yang boleh dibuat pengarah.

MEMORY RECALL

Tidak semua pelakon mampu memberikan emosi dengan mudah. ini yang menyebabkan orang kata emosi pelakon tak sampai. Emosi kurang dan macam-macam lagi. Ada pelakon yang tak dapat memberikan emosi sedih apabila berlakon. Ada yang tak boleh marah. Mereka melakukannya dengan emosi yang surface sahaja.

Memory recall beerti mengingat kembali kenangan-kenangan. Di sini kamu boleh mengaplikasikannya dengan emosi watak kamu. Sekiranya kamu bermasalah dengan emosi sedih kamu boleh mengingati semula perkara yang paling menyedihkan kamu. Ingat semula bagaimana sedihnya kamu ketika itu. Apa yang kamu rasakan ketika itu. Bagaimana kamu menangis dengan emosi itu. Adakah kamu hanya mengalirkan air mata? Adakah kamu meraung? Kemudian jika kamu dapati itu adalah kesedihannya kamu aplikasikan ke dalam emosi sedih watak yang telah kamu lakukan itu.

Memory recall ini boleh diaplikasikan pada semua emosi kamu. Bukan hanya apabila kamu bermasalah dengan emosi sedih tetapi jika kamu rasakan itu sesuai untuk watak itu kamu boleh aplikasikannya. Tiada halangan.

Penyediaan Tubuh

MEMANASKAN BADAN

Pelakon yang fokus adalah pelakon yang baik. Cara paling baik untuk mendapatkan fokus yang baik ialah belajar bagaimana memanaskan badan. Kerana cabaran berlakon ialah bekerja dengan badan, suara, dalaman kita(spirit). Ketiga-tiga ini berhak mendapat perhatian. Kesemua tiga ini boleh menjadi tahap tertinggi kesedaran dan fokus anda.

\Kelas lakonan atau sekumpulan pelakonan perlu percaya antara satu sama lain dan menerima mutu lakonan masing-masing. Setiap orang akan bergantung pada orang lain. Mereka tiada pilihan. Masa tak boleh dibuang, apabila setiap individu menunggu individu lain memulakannya. Setiap orang perlu memanaskan badan mereka sendiri dan begitu juga orang disekelilingnya.

Pelbagai jenis senaman anda boleh gunakan bagi penyediaan tubuh merangkumi suara dan dalaman anda sebagai pelakon. Di sini saya menyenaraikan beberapa jenis senaman yang boleh membantu anda.

  • Meditasi
  • Merasai tekanan dan lepaskan
  • Merasai gabungan tubuh
  • Goncangan badan
  • Regangan badan
  • Aerobik

MEDITASI

Walaupun hanya sebentar iaitu beberapa minit cari kawasan yang senyap dan tenang, tutupkan mata anda dan fokus dengan tenang dan releks. Kebiasaan aktiviti meditasi dilakukan dengan duduk atau pun baring di atas lantai. Pilih kedudukan yang selesa untuk anda. Masukkan kesenyapan itu dalam diri anda. Teruskan bernafas dengan tenang dan dalam. Teruskan dengan konsentrasi yang terus ke dalam diri anda.

MERASAI TEKANAN DAN LEPASKAN

PRUNE

Prinsipnya adalah memasukkan beberapa tekanan pada tubuh anda dan membebaskan tekanan itu. Tubuh kita kadang-kadang merasai tekanan jadi latihan ini akan membantu anda melepaskannya apabila berlaku tekanan ini di atas pentas.

Baringkan badan anda di atas lantai. Setiap bahagian tubuh anda akan anda beri tekanan dan cuba lepaskan tekanan itu dengan releks. Tekanan ini akan bermula dari kepala ke kaki. Setiap tekanan akan lebih efektif jika anda mengimaginasikannya dihempap beban. Dalam erti kata lain untuk melindungi diri anda dari terkejut.

  • Pertama, beri tekanan pada muka anda dengan membuka mulut seluas-luasnya dan mengecilkannya seperti mencium semut. Rasakan tekanan itu pada setiap otot wajah anda. kemudian lepaskan tekanan itu dengan merelekskan wajah anda seperti biasa.
  • Turunkan tekanan itu pada leher anda pula. Cuba angkat kepala anda seperti ada beban yang menimpa di kepala anda dan ini akan menyebabkan leher menampung tekanan itu. Lepaskan tekanan itu dengan menurunkan kepala anda secara perlahan-lahan semula ke lantai.
  • Pergi kepada bahagian bahu pula. Kunci sambungan bahu ke tangan anda(joints). Tapi perlu ingat bahawa bahagian tubuh di bawah bahu, kaki tidak mempunyai tekanan.
  • Ketatkan pula bahagian tangan anda bermula dari bahu tadi ke siku dan lengan serta jari jemari anda. Kuncikan ia sama seperti kamu kuncikan bahu kamu. Lepaskan tekanan itu perlahan-lahan.
  • Ketatkan pula bahagian dada anda dan seterusnya ke perut anda.
  • Seterusnya beri tekanan pada pinggul anda dan peha anda.
  • Kunci pula lutut anda dan lepaskan tekanan itu perlahan-lahan/
  • Pergi kebahagian pergelangan kaki terus ke jari jemari kaki anda. Lepaskan juga tekanan ini perlahan-lahan.
  • Akhir sekali cuba angkat badan anda dan hanya kepala, tangan dan tumit anda yang jejak di lantai. Posisi ini dikekalkan dahulu (hold)
  • Lepaskan segala tekanan anda perlahan-lahan. Rasakan seperti tekanan itu telah dilepaskan dengan mudah dan tanpa masalah.

Ulangi latihan ini sekiranya anda masih belum merasai ata memahami tekanan pada tubuh anda.

MERASAI GABUNGAN TUBUH

Untuk memahami badan anda juga anda mesti merasakan gabungan(joints) yang menggabungkan tubuh anda. Gabungan ini juga boleh memberi tekanan pada tubuh anda. Latihan ini akan membantu anda melonggarkan joints anda supaya tubuh anda lebih releks.

The Puppet

· Berdiri dengan kaki anda selaras dengan bahu anda.

· Turunkan kepala anda perlahan-lahan menghadap lantai dan turun mengikut turutan dengan mengimaginasi dan rasakan tulang belakang anda turun satu-persatu. Berhenti di pinggang dan jatuhkan tangan anda ke lantai. Longgarkan segala joints anda. Mula henjutkan tubuh.

· Bayangkan henjutan itu melonggarkan joints anda.

· Sambil melakukan henjutan itu anda boleh memusingkan badan anda ke kiri dan ke kanan juga.

· Hentikan henjutan itu perlahan-lahan.

· Berdiri semula secara perlahan-lahan bermula dari pinggang. Rasakan joint anda yang longgar tadi melekat semula secara teratur dari pinggang, tulang belakang anda dan terus kepada kepala yang menjadi tubuh terakhir yang akan naik.

Shaking

Ini aktiviti yang paling mudah dilakukan. Anda hanya perlu berdiri dan goncangkan tubuh anda dengan merasakan joints anda dilonggarkan. Goncang sepuas-puasnya badan anda.

REGANGAN BADAN

Regangan ialah aktiviti yang paling efektif untuk membina kekuatan tubuh. Regangan akan membantu anda menguatkan otot anda dan menjadikan badan anda lebih fleksibel. Ramai yang suka melakukan aktiviti regangan bagi menguatkan otot dan stamina.

The Sun

Ini ialah salah satu aktiviti yang popular. Menggunakan dasar yoga senaman ini bukan sahaja unutk badan anda tetapi juga untuk dalaman anda..

Pemanasan badan biasa (general)

Pemanasan badan ini biasanya dilakukan mereka yang ingin bersukan atau berjogging supaya otot-oto tidak terkejut. Biasanya bermula dari kepala ke kaki.

Sesi regangan ini biasanya saya mulakan dengan membuat pergerakan kepala ke atas, bawah, kiri dan kanan.

Kemudian membuat pusingan kepala dari kiri ke kanan dan sebaliknya sebanyak 2 kali 8.

· Bahu diangkat ke atas dan tahan kemudian tolak ke bawah pula dan tahan.

· Menghayunkan ke dua belah tangan membuat satu bulatan ke depan dan dibalas balik.

· Pinggang pula di tolak ke keri, kanan, depan dan belakang kemudian memusingkannya ke kiri dan sebaliknya.

· Mengangkat lutut ke dada

· Pergelangan kaki saya pusingkan ke kiri dan kanan.

AEROBIK

Aktivi aerobik juga boleh dilakukan dalam aktiviti penyediaan tubuh sebagai pelakon. Aktiviti ini seronok jika dilakukan beramai. Anda boleh membeli vcd aerobik dan melakukan aktiviti mengikut vcd tersebut. Itu adalah lebih baik kerana mereka akan menunjukkan anda cara aerobik yang betul.

PENYEDIAAN SUARA PELAKON

SUARA

Suara ialah alat yang kita gunakan untuk berkomunikasi dalam kehidupan kita.. suara adalah campuran kompleks yang kamu dengar dan kamu membalasnya apabila berkomunikasi.

Secara fizikal setiap orang mempunyai suara yang berbeza. Dari segi bentuk, saiz dan variasi. Tetapi bagaimana kamu menggunakan nafas mengeluarkan suara itu dan yang paling penting kamu harus gunakannya sebaik mungkin.

Suara sangat sensitif dengan apa yang kamu rasakan. Dalam kehidupan seharian suara kamu akan menggambarkan situasi dan perasaan kamu. Sama ada kamu sedih, tertekan, gembira dan lain-lain lagi.

Pelakon perlu tahu bagaimana dia bergantung pada suara itu dan apa yang mereka perlu lakukan. Penonton berminat mendengar pelakon jika mereka faham apa yang diucapkan pelakon. Jika mereka tidak faham mereka tidak akan berminat lagi untuk mendengarnya.

Tetapi anda tidak boleh terlalu menekan suara anda untuk pemahaman mereka. Jika anda mula menekan suara anda, tekanan akan wujud dan perkara-perkara di bawah ini biasanya terjadi :-

  • Suara akan jadi tinggi dan hilang fokus
  • Makna yang ingin disampaikan mungkin hilang
  • Apabila suara anda terlalu tinggi mereka akan terganggu dengan suara anda.

NADA SUARA

Terdapat tiga jenis nda suara iaitu rendah, sederhana dan kuat/lantang

Suara Rendah

Biasanya suara rendah digunakan untuk memujuk, merayu, meratap dan lain-lain.

Suara Sederhana

Biasa digunakan untuk memberi penerangan, bertanyakan sesuatu dan percakapan seharian biasa.

Suara Kuat/Lantang

Biasanya suara ini digunakan untuk memberi amaran, perintah, marah dan seumpamanya.

PERNAFASAN

Di dalam teater anda perlu lebih menekankan suara anda. Jadi latihan perlu diadakan dalam studio untuk belajar megawal suara anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah mencari tenaga dan bagaimana mengimbangi tenaga anda bagi mewujudkan suara dan pernafasan yang baik.

Jika anda bernafas menggunakan dari dada anda ia memang cepat tapi kuantiti nafasnya sikit. Cara bernafas ini juga akan memberi tekanan pada leher dan bahu anda. Ternyata cara bernafas ini memang salah untuk diaplikasikan kepada pelakon teater.

Cara yang betul adalah bernafas dengan perut iaitu menarik nafas masuk ke hidung dan simpan nafas itu lalu keluarkan perlahan-lahan melalui mulut anda.

Sebelum melakukan pernafasan pastikan badan anda releks. Begitu dengan dengan muka anda. Anda boleh lakukan senaman di bawah ini sebelum memulakan latihan pernafasan dan vokal anda.

  1. Dimulakan dengan melonggarkan mulut kita.
    • Membuka mulut seluas-luasnya kemudian mengecilkanya sekecil-kecil seperti mencium semut.
    • Membersihkan mulut dengan lidah
    • Mengeluarkan dengan lidah ke atas ke atas, ke bawah, ke kiri dan kanan
    • Menggerakkan rahang ke depan, atas dan bawah.

  1. Membuat getaran bibir

· Menarik nafas dan hembuskan dengan getaran bibir seperti bibir kuda (horse lips). Ulangnya beberapa kali.

LATIHAN PERNAFASAN

  • Baring di atas lantai. Pastikan badan anda tidak mengalami tekanan.
  • Ratakan punggung anda dan rasakan keseluruhan badan anda merasai lantai.
  • Letakkan tangan anda pada rusuk anda(ribcage) untuk merasai pergerakan setiap kali anda menarik nafas.
  • Mula tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung anda dan apabila nafas itu mula memasuki perut anda rasakan pengembangan itu perut itu megembang dan lepaskan perlahan-lahan.
  • Teruskan bernafas, pastikan tiada tekanan padan badan anda dan lepaskan juga secara perlahan.
  • Teruskan latihan ini sehingga anda benar-benar faham proses pernafasan ini dalam badan anda.

LATIHAN SUARA

Apabila anda sudah faham dengan pernafasan anda boleh memulakan latihan dengan memasukkan suara anda.

  • Mulakan dengan pernafasan seperti latihan pernfasan di atas tetapi apabila nafas anda dilepaskan bunyikan sura anda dengan perkataan yang mudah seperti ’AH’. Lakukannya dengan perkatan lain seperti ’AY’. Lakukannya berulang kali sehingga anda selesa.
  • Kemudian anda boleh mula menghembuskan nafas dengan bunyi humming. Ulanginya beberapa kali.
  • Menarik nafas dan hembuskannya dengan humming yang disertai A, E, I, O, U. Ulanginya beberapa kali.
  • Menarik nafas dan hembuskannya dengan humming disertai A, E, I, O, U yang digabungkan. Lakukannya beberapa kali.

Teruskan dengan latihan penyebutan artikulasi sebutan dan pengucapan.

· Ku kikis kikis kuku kaki kiriku kakak ku kata kuku kaki kiriku kaku

· Comel Cuma cari cili celah cerek

· Beribu-ribu berbara-bara beriba-riba

· Gajah lalu lalang layu

· Buaya biawak buaian

· Rat ta ta ta ta ta ta ta ta ta ta

· Beh deh ceh geh

Kemudian bacalah dengan lantang tentang apa-apa dialog yang dikehendaki.